Sepatah Dua Kata Dari Admin

KRK's PET SAYS...FEED .ME

Friday, February 13, 2009

Apa Itu Kelas Rancangan Khas???


Di Kluang, Johor....cuma terdapat 5 buah sekolah sahaja yang menpunyai kelas rancangan khas dan salah satu darinya ialah Sekolah Tengku Aris Bendahara. DI sekolah Tengku Aris Bendahara terdapat 2 kelas rancangan khas bagi murid tingkatan 2 dan satu kelas bagi murid tingkatan 1. Jika hendak dibandingkan antara kelas biasa dan kelas rancangan khas, pelajar-pelajar di kelas rancangan khas adalah lebih sedikit daripada kelas biasa. Ini adalah kerana, cuma pelajar terpilih sahaja yang layak memasuki kelas rancangan khas. Boleh dikatakan pelajar-pelajar yang berada di kelas rancangan khas ini merupakan pelajar-pelajar harapan guru-guru dan sekolah. 

Walaupun Program "kelas rancangan khas" ini bukanlah suatu yang baru namun di Sekolah Tengku Aris Bendahara, ianya merupakan satu perkara yang baru dibangunkan. Atas daya usaha pengetua dan semua guru yang terlibat dalam program ini, beberapa program telah diajalankan dibawah program kelas rancangan khas bagi membantu mempertingkatkan pencapaian murid.

0 comments: