Sepatah Dua Kata Dari Admin

KRK's PET SAYS...FEED .ME

Tuesday, August 18, 2009

Kajian Tindakan KRK


Pada hari ini, satu pembentangan kajian-kajian tindakan seluruh Johor telah diadakan bertempat di SMK SImpang Renggam, Kluang, Johor.Program yang berjalan selama 8 jam itu telah diadakan dengan matlamat mahu memperkasakan kelas-kelas rancangan khas di seluruh Johor.

Objektif seminar ini diakan ialah bagi:
a)Membantu guru menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar

b)Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin
 

c)Memberi kuasa (empowerment) untuk membuat keputusan dalam bilik darjah

d)Menggalakkan guru membuat kajian tindakan

Sesungguhnya seminar seperti ini adalah sangat menarik sekali kerana ia menjadi tempat dimana semua guru-guru yang terlibat didalam program kelas rancangan khas untuk bertukar-tukar pendapat, idea dan pengalaman. STABK terutamanya yang baru setahun melaksanakan program ini dapat mengambil pengalaman-pengalaman sekolah-sekolah yang telah terlebih dahulu menjalankan program ini bagi memastikan bahawa program KRK di STABK berjalan dengan lancar.